20 December 2016

stop your tongue to complaining.


 Masyaallah , rindu sangat sangat nak update blog . Bila entah last update , haha tak sempat nak check . Alhamdulillah setakat ni apa yang mak ayah aku aturkan belajar mana ,sekolah dekat mana, nanti ambil kos ni , ituu ini itu ini , aku faham . Semua yang diaturkan ni ada hikmahnya, semua izin Allah swt.  And now i dah kerja syukur alhamdulillah.
Dulu, dulu lah kan masa tu otak pun tak berapa nak fikir sangat, ofkos lah tolak mentah mentah kononnya lah " biar lah aku sendiri nak corak hidup sendiri" huuu kemain kau Nadrah ayat takboleh blah -,-  lepaih tuu buat drama menangis air mata lajuu je mengalir sebab nak lepaskan perasaan tak puas hati hahahaha hadoi malu pulak ingat . Kesian mak ayah . Wei ! Adik adik yang masih muda sekolah lagi tu please lah jangan melawan cakap makayah nanti menyesal , hmm sambung balik,,,Tapi mak ayah diam just dengar dengar still tak marah walaupun aku ni over *sepatutnya makayah aku boleh dah jentik mulut aku ni.
Yakinlah mak ayah punya keputusan tu , kalau still tak puas hati ,bawak berbincang 😊

Dulu aku diploma kaunseling, sekarang belum fikir lagi nak sambung sebab dah terjebak dengan kerja haha, mulut cakap nak berhenti nak berhenti tapi dah nak setahun aku kerja . Well , tulah kau dulu jangan cakap "ee tak suka budak, mengada sangat" haaa sekarang ? Haha susah kalau dah kerja dengan anak anak kecil ni, rasa sayang dia lain,  * seeppp sikit siapa kerja macamni!
Walaupun tak kahwin lagi tapi bila tengok muka ahli ahli syurga ni rasa tenang , sayang dia lain macam , kadang terasa macam anak sendiri hahaha . Tolonglah cakap betul apa yang aku cakap ni! Kekeke

Dan bila aku kerja ni start la training training and again training, banyak benda yang aku belajar, kadang aku rasa ,Allah still sayangkan aku walaupun dosa bersepah sepah , sedih aku rasa . Buat dosa hari hari tapi Allah still bagi peluang dekat aku , suruh aku dekatkan diri denganNya, aku nampak aku perasan benda tu ... makin aku jauh makin banyak benda benda yang ingatkan aku dekat Tuhan.
Yaa macam hari ni , tadi , baru aku terdetik , asal nama aku last last kena panggil pergi training ? Masa tahu tu bapak mulut tak habis2 nak maki yelahhh kacau cuti . See ? Masa training tak henti henti mulut ustaz firdaus ceramah pasal Allah , our prophet , about akhlaq adab and so on aku tak tahu lah nak explain macam mana yang pastinya segala segala yang ustaz firdaus cakapkan tu betul betul menusuk hati, tu aku cakap , makin jauh aku dengan Dia, Allah still sayangkan aku taknakkk aku lagi jauh , * wahai diri tolong jangan leka :(

And please, jangan awal sangat kau melatah , kau taktahu disebalik Allah aturkan ni ada hikmah dia, yaa orang dah bosan dengar ayat lapok ni, weh kau, ayat lapok ni laa kau kena ingat simpan dalam otak tu sikit. Sabar, tolong sabar stop your tongue to complaining. Insha Allah ,semua yang Allah aturkan ni demi kebaikan kau .


7 February 2016

selamat bertunang ilia ismail



Selamat bertunang ILIA & AZMIL

Kiss sikit pipi kiri kanan ! Congrats , aku terharu tahu bukan senang orang nak pikat hati kau tambah pulaak kau ni jeniss ganas2 sikit .hihi aku yang wanita terakhir melayu ni pun tak ada calon. Kau dulu beb

 habis crown shawl tu kau cabut dulu , belum sempat aku nak bergambar cecantik dengan kau, bogel terus atas kepala tu hahaha. sabar ajelaaah. asalkan kau selesa, kahwin ni aku harap jangan la padam makeup tu T_T tahan la sikit hahahaha . kahwin nanti pakai high heels tu mohon la pakai ilia oi . then, jangan nangis kalau makeup masa kahwin tu makandam terbuat tebal , benda tu normal liaaa haha manyak menau aku pesan kan? nanti dah baca ,jangan maraqh naa loveyou !

12.3.2016 kahwwwwinnnnn wuuuuu tahniah