13 September 2019

mak ayah



Assalamualaikum ,

aku tak sangka dah September 2019? What !? last update on Nov 2017. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. dan cepat sangat aku rasa umur dah 25Tahun.
Memandangkan aku dah dewasa sangat.. aku nak tanya readers,

Pernah tak korang pandang tenung lama lama wajah orang tua kau? dan dalam hati kau rasa, cepatnya mereka berusia.. kulit pun makin kelihatan kedutan, wajah yang dulu kau lihat muda dan sekarang kau pegang tangan dorang dah penuh kedutan dan tak seperti dulu, makin kurus..tak macam dulu masa kau kecil dorang gagah. aku sedih sebenarnya, dalam otak aku ni acap kali fikir, sempat kah aku nak bahagiakan diorang? sempatkah  aku bawa dorang ke tanah suci.?  sempatkah diorang nak tengok anak anak kahwin? dorang teringin cucu weh.

kadang aku rasa terdesak sangat nak kahwin. jenuh mak ayah aku kenalkan anak anak kawan dorang. bukannya aku tak ada pilihan tapi tu lah, aku pun tak tahu apa masalahnya.

aku paling takut aku tak dapat jadi anak yang baik.. tak dapat nak bahagiakan dorang..

kadang aku terpikir , mungkin dengan aku berkahwin cukup buat diorang rasa happy. tapi aku tahu plan Allah tu lagii cantik dari plan kita sebagai hamba Dia. mungkin masa yang aku ada ni, aku dapat jaga diorang sepuas hati, dapat raasa kasih sayang diorang sampai besar skrg ni.


20 November 2017

hidup



Hai selamat petang.
Mungkin kali ni post aku bukan macam budak lagi hahahahahahaha
Geli baca post aku yang lama, aku macam "ehh betul ke aku dulu macam ni?' gedik wei.
aku tak larat nak delete pasainya banyak sangat so pergi lantak situ .

Ini first post untuk  2017, hai 2017 even dah november kahkahkah.
Bermulalah aku rasa umur aku dah meningkat + kahwin?+cari duit?+ptptn aku?+kerja tak tetap?+kereta aku roadtax? = pening weh cari duit. Baru aku faham erti kehidupan alam dewasa.
Selamat Datang NADRAH .
baru aku tahu betapa payahnya mak ayah aku cari duit nak tanggung itu tanggung ini kerja pagi malam. Penat macam mana pun tetap kerja sebab nak bagi anak anak makan .
Susah. tapi aku still tak dapat nak balas jasa diorang, aku harap aku sempat bahagiakan diorang, paling aku takut sangat, aku takut lupa diri. minta dijauhkan.
 k bye nanti sambung waktu rehat habis . haha bye !

20 December 2016

stop your tongue to complaining.


 Masyaallah , rindu sangat sangat nak update blog . Bila entah last update , haha tak sempat nak check . Alhamdulillah setakat ni apa yang mak ayah aku aturkan belajar mana ,sekolah dekat mana, nanti ambil kos ni , ituu ini itu ini , aku faham . Semua yang diaturkan ni ada hikmahnya, semua izin Allah swt.  And now i dah kerja syukur alhamdulillah.
Dulu, dulu lah kan masa tu otak pun tak berapa nak fikir sangat, ofkos lah tolak mentah mentah kononnya lah " biar lah aku sendiri nak corak hidup sendiri" huuu kemain kau Nadrah ayat takboleh blah -,-  lepaih tuu buat drama menangis air mata lajuu je mengalir sebab nak lepaskan perasaan tak puas hati hahahaha hadoi malu pulak ingat . Kesian mak ayah . Wei ! Adik adik yang masih muda sekolah lagi tu please lah jangan melawan cakap makayah nanti menyesal , hmm sambung balik,,,Tapi mak ayah diam just dengar dengar still tak marah walaupun aku ni over *sepatutnya makayah aku boleh dah jentik mulut aku ni.
Yakinlah mak ayah punya keputusan tu , kalau still tak puas hati ,bawak berbincang 😊

Dulu aku diploma kaunseling, sekarang belum fikir lagi nak sambung sebab dah terjebak dengan kerja haha, mulut cakap nak berhenti nak berhenti tapi dah nak setahun aku kerja . Well , tulah kau dulu jangan cakap "ee tak suka budak, mengada sangat" haaa sekarang ? Haha susah kalau dah kerja dengan anak anak kecil ni, rasa sayang dia lain,  * seeppp sikit siapa kerja macamni!
Walaupun tak kahwin lagi tapi bila tengok muka ahli ahli syurga ni rasa tenang , sayang dia lain macam , kadang terasa macam anak sendiri hahaha . Tolonglah cakap betul apa yang aku cakap ni! Kekeke

Dan bila aku kerja ni start la training training and again training, banyak benda yang aku belajar, kadang aku rasa ,Allah still sayangkan aku walaupun dosa bersepah sepah , sedih aku rasa . Buat dosa hari hari tapi Allah still bagi peluang dekat aku , suruh aku dekatkan diri denganNya, aku nampak aku perasan benda tu ... makin aku jauh makin banyak benda benda yang ingatkan aku dekat Tuhan.
Yaa macam hari ni , tadi , baru aku terdetik , asal nama aku last last kena panggil pergi training ? Masa tahu tu bapak mulut tak habis2 nak maki yelahhh kacau cuti . See ? Masa training tak henti henti mulut ustaz firdaus ceramah pasal Allah , our prophet , about akhlaq adab and so on aku tak tahu lah nak explain macam mana yang pastinya segala segala yang ustaz firdaus cakapkan tu betul betul menusuk hati, tu aku cakap , makin jauh aku dengan Dia, Allah still sayangkan aku taknakkk aku lagi jauh , * wahai diri tolong jangan leka :(

And please, jangan awal sangat kau melatah , kau taktahu disebalik Allah aturkan ni ada hikmah dia, yaa orang dah bosan dengar ayat lapok ni, weh kau, ayat lapok ni laa kau kena ingat simpan dalam otak tu sikit. Sabar, tolong sabar stop your tongue to complaining. Insha Allah ,semua yang Allah aturkan ni demi kebaikan kau .


7 February 2016

selamat bertunang ilia ismail



Selamat bertunang ILIA & AZMIL

Kiss sikit pipi kiri kanan ! Congrats , aku terharu tahu bukan senang orang nak pikat hati kau tambah pulaak kau ni jeniss ganas2 sikit .hihi aku yang wanita terakhir melayu ni pun tak ada calon. Kau dulu beb

 habis crown shawl tu kau cabut dulu , belum sempat aku nak bergambar cecantik dengan kau, bogel terus atas kepala tu hahaha. sabar ajelaaah. asalkan kau selesa, kahwin ni aku harap jangan la padam makeup tu T_T tahan la sikit hahahaha . kahwin nanti pakai high heels tu mohon la pakai ilia oi . then, jangan nangis kalau makeup masa kahwin tu makandam terbuat tebal , benda tu normal liaaa haha manyak menau aku pesan kan? nanti dah baca ,jangan maraqh naa loveyou !

12.3.2016 kahwwwwinnnnn wuuuuu tahniah

21 December 2015

ma bodygad Nurul aimi


hi, malam gini aku nak share someone yang sangat special ,dia laa bodyguard aku selama mana aku di bumi Kuisas dan sekarang haha , bodyguard sangat en. betul sungguh aku nak bagitahu jugak aku hidup kat kuisas tu sumpah aku memang kuat boros, bila duit dah mula berhabuk dia laaaa selalu ada dengan aku. perempuan ni memang tak berkira langsung bab duit, nak cakap dia kaya? tak jugak, kami sama-sama family biasa je. sekadar mampu . susah aku nak jumpa kawan macam dia, apa masalah aku mesti dia ada, dia memang banyak faham aku , masalah aku masalah dia. aku lapar dia lagi lapar, tapi aku tak setabah dia, really, memang aku bab bab tabah ni sangat low, tapi dia? hebat , memang perempuan ni banyak pendam, nangis sorang, jenis relax tapi dalam hati diaaaa. hmm sorry kawan, kadang aku tak banyak nak ada selalu kat sisi kau, tapi yang penting aku selalu doakan yang terbaik dalam hidup kau,

ya aku tahu, bukan aku sorang je ada kawan special haha bajett je en nak post dalam blog,
aku cuma nak ceritaaa, cerita orang yang buat aku bahagiaa selain family aku,
aku nak ceritaa tak ada insan yang sanggup merana kelaparan bila kawan dia lapar jugak.
aku nak ceritaaa dia lahh bestfriend yang aku dah jumpaaaaa, kawan memang banyak, kawan sekolah menengah aku pun ada yang special tapi diaaa , diaaa special 120% lebih sikit en.
aku sayang kau sangat Nurul Aimi binti Yunus,



weh gemuk, tahu la dah kurus sekarang, aku sayang kau tahu ! jangan lupa aku beb.


aku suka gambar gemok kau ni hahah




Thankyoou sebab hadir dalam hidup aku.
 Aku harap sampai bercucucicik dunia akhirat ,kita still befwen. okay?


16 December 2015

aku keliruuu haha jadi gila



hi, do you miss me?  haha perasan ada orang nak rindu. Tapi, hmm nvm pujuk hati sendiri terima kenyataan. muda lagi nadrah 21 tahun lagi en?  hihi 

aku tahu blog ni open gila kan?  orang bangla pun boleh baca. aku tak kisah yang pasti aku nak cerita jugak life aku. okay. memang tak berapa nak helokk sangat dok ceritaa pasal life sendiri enn. eh yeke 😱
sikit sikit dah laaa der. takpasal orang bomoh hahahaha. astargfirullah mintak dijauhkan.
aku dilemaaa laa brohhhh.  nak continue study or tak ? lagi satu. wanita dalam Malaysia ni ramai dah tak subur. manyak kahwin lewatt hahaha nampak tak point dia ape sekarang ni? kahwin wehh kahwin!  siapa taknak kahwin en en? mula laaa pikiran aku ni proses laju laju pikir nanti belajar kawin lambat. kerja lagi ekonomi negara tak menentu. tu pun kerjaaaaa susah benooo nak dapat kerajaan haha. yeaa aku target kerajaan beb. tolong la bagi peluang aku nak berbakti untuk negara tercinta ni. ramai anak muda berlumba lumba nak degree la paling komann pun. ni semuaaa nak kejarkn gaji ? nak gaji besar sikit nak tampung family loan belajar lagi en en ? please jujur dei. haha aduhh  waduhhhhh .

kerja ? stdy?  pjj? hmm kawin?  bahahaha.  oh gaaaashhhhh. 

im officially graduated , Kuisas.

+


Thank you mak ayah,i loveeeeee youuuu so much.
Alhamdulillah i'm officially graduated ! i did it ! No longer a student brrooohhhhh ! hehe oh well, we'll see maybe if i have a heart to further my studies again, thennnnnn i can back that TITTLE ! Haha .

btw, I've learnt and seen so much in these 3 years. huhu but it was so fast ! i still remember the very first dayy yaahhh when i stepped into KUISAS . wakaka *tudung labuh hitam jalan tunduk bawah, kekekekekeke






Thanks to BardenBellen ,heee muah 
korang tahuuuu, tanpa korang memang tak akan siapp thesis aku. big thanks for all my lect especially to Pn.Nurul Huda .




23 June 2015

cerita mereka



hi ,
nak kawan boleh tak ?
nama apa ?
 blaaa... blaa..\\

haish . memang tak boleh lupa ayat-ll ni
tipu laahh kalau kau boleh hidup sorang-ll tanpa kawan . kau susah kawan jugak kau cari,kau sedih kawan jugak kau pinjam bahu dia telinga dia, kau jerit-ll kawan jugak yang tadah telinga dia haha
cuba lah kau hidup takde kawan yang layan karenah kau ? mendap hidup kau.. lain lahh kot kalau kau jenis bersendirian,always berdikari. memang tak salah berdikari kan, tapi hidup mesti nak happy gelak-ll . so, kawan jela yang paling dekat dengan hidup kau bila kau dekat tempat belajarlah. kalau dekat rumah dah sah la family , kan kan




13/jun/2015 10:00 PM

malam BBQ ,malam last , malam segala malam bagi kitorang.
walaupun ada yang tak dapat hadir sokay, janji dalam list hidup aku ada semua nama kawan-ll aku haha. penat syapik nak kumpul kitorang,yela mula-ll bagi list nama ramai nak join,alih-ll last minit ada yang nak balik dah . kelam dia. masa ni jugak lah kau syapikkk baru nak showww off pasal hah ! dulu alim je tak nak sembang langsung kekekeke.sekarang overrr.

lepas makan kitorang snap-ll gambar ,gila-ll kejap gedik-ll kejap. time ni lah nak overr depan bakal suami wakkaka,buuuu . habis siap gedik-ll semua , last benda yang menjadi kenangan berbaskinnnnnn . nyanyi sesama ...masa ni semua keluarkan suara yang bajet sedap tu. haha aku rasa time ni..aduhaiiiiiiii kalau boleh nak sampai pagi esok je. sedih gila.

yang penting hari last ni digunakan sebaik mungkin. alhamdulillah. semoga kita ketemu lagi :P











22 June 2015

tak nampak kawan dah



Malam ni nak update banyak2, aku malas nak buat thesis . takde mood.
spoil gila.

aku rindu diorang. Dulu kemain rapat lagi. sekarang lintang pukang macam gajah meroyan.
aku taktahu nak say hi dengan diorang dah, pasal entah . mungkin lah aku ni sombong nak mampus. belagak kot . hergh !!!
susah nak cakap. hati sayang tapi benda kecil jadi sebesar gunung. apa masalah lah kalau perempuan berkawan ? memang gaya macam ni. bajet je lebih.
aku serba salah dah last sem jadi setan macam ni. nak nasihat orang,diri aku sendiri pun tak lepas.
aku sedar bahasa aku agak macam gampang sikit.hmm lantakl ! tengah sakit hati ni.

apa yang aku harap, bila dah tua nanti masing masing sedar kawan tu apa. aku harap kita tak macam sekarang ni. nak macam dulu. mana entah suara gelak jerit korang ? aku tak dengar langsung dah.
hati sedih tapi sakit hmm .
aku rindu korang .
k bye

THIS IS REAL









I've always been the kind of girl, that hid my face,
so afraid to tell the world, what I've got to say,
But now I have this dream,right inside of me,
I'm gonna let it show, it's time, to let you know, to let you know,

This is real, this is me,
I'm exactly where I'm supposed to be now,
Gonna let the light, shine on me,
Now I've found who I am,
There's no way to hold it in,
No more hiding who I wanna be,
This is me

Do you know what it's like, to feel so in the dark?
To dream about a life, where you're the shining star,
Even though it seems, like it's too far away,
I have to believe, in myself, it's the only way,

You're the voice I hear inside my head,

I need to find you,
I gotta find you

rindu



                                             


21 May 2015

h i d u p KITA KAU AKU

+


kenapa awak hadir dalam hidup saya?
aku takut sebenarnya, takut jadi kali keua ketiga keempat . haishh perit

Kadang-kadang orang yang hadir itu membahagiakan dan membuat kita tersenyum. Dan hadir juga orang yang membuatkan kita sakit, hingga sukar untuk memberi kemaafan yang total. Kadang-kadang diri seperti belum boleh menerima kehadiran seseorang itu. Lalu hati kecil memberi jawapan. - See more at: http://www.inaabdullah.com/2014/01/kenapa-awak-hadir-dalam-hidup-saya.html#sthash.iQERYpP4.dpuf
 Kadang-kadang orang yang hadir itu membahagiakan dan membuat kita tersenyum. Dan hadir juga orang yang membuatkan kita sakit, hingga sukar untuk memberi kemaafan yang total. Kadang-kadang diri seperti belum boleh menerima kehadiran seseorang itu. Lalu hati kecil memberi jawapan.
” Kerana Allah ingin menyampaikan pesanan dan peringatan kepadamu wahai diri. Kerana itulah mereka hadir dalam hidupmu”
yes, agree !
sebab apa tahu ? 
Baru aku sedar sebenarnya orang yang hadir dalam hidup kita walaupun sekejap ,itu sebenarnya Allah beri aku,kau,kita peluang untuk belajar memaafi orang lain, memberikan aku kekuatan untuk bersabar,Allah juga beri  aku peluang belajar apa dia erti keikhlasan sesuatu perkara.
Dan juga Allah hantar insan-insan yang isitimewa membimbing aku tika ketandusan walaupun sekejap. tengok laah, betapa Allah sayangnya dekat aku kau kita kamu semua. hmm

so,hargailah insan yang hadir dalam hidup kita ni.

ILOVEYOU

Kadang-kadang orang yang hadir itu membahagiakan dan membuat kita tersenyum. Dan hadir juga orang yang membuatkan kita sakit, hingga sukar untuk memberi kemaafan yang total. Kadang-kadang diri seperti belum boleh menerima kehadiran seseorang itu. Lalu hati kecil memberi jawapan. - See more at: http://www.inaabdullah.com/2014/01/kenapa-awak-hadir-dalam-hidup-saya.html#sthash.iQERYpP4.dpuf
Kadang-kadang orang yang hadir itu membahagiakan dan membuat kita tersenyum. Dan hadir juga orang yang membuatkan kita sakit, hingga sukar untuk memberi kemaafan yang total. Kadang-kadang diri seperti belum boleh menerima kehadiran seseorang itu. Lalu hati kecil memberi jawapan. - See more at: http://www.inaabdullah.com/2014/01/kenapa-awak-hadir-dalam-hidup-saya.html#sthash.iQERYpP4.dpuf

17 May 2015

mat yakin's Family



R I N D U   ME R A KA

Di suatu ketika itu
Permulaan adalah waris
Kembangnya segala pinak
Hingga diluaskan segala berkenal
Hingga ada yang mula tahu

Sampai terpalit diukiran nisan
Sampai
Tahu cucu dan cicit

Hingga itu,
Anak-anak berkayuh untuk dikenalkan
Untuk tahu siapa sepupu,makcik,pakcik,saudara

Supaya ianya tidak putus
Tidak terhapus
Dan tidak dilupai

Sekarang
Aku fahami
Aku tahu
Aku punya keluarga besar sebesarnya
Sayang dan saling menyayang.

Terima kasih untuk semuanya
Moga kita dipayungi rahmat Esa.

 -Firdaus Mansor-



risaulah bila dah memasing kahwin takde sapa nak balik kampung dah ;'(
sapa tak sayang family cousin semua? gila kau tak sayang. diorang takde tak lengkap hidup aku kut.
sorang jadi novelist,yang sorang jadi pendidik yang sorang enth kemana ;'(  rindu kau lah sepupu ! balik cepat.hmm ada yang dah kahwin,ada yang dah tunang,beranak pinak semua ..cucu cicit matyakin semua dah besar panjang .harap nanti taklupa kerabat kita semua.muah :**






kuhimpun gambar walau tak semua cukup manusia disini haha
asalkan kenangan manis menjadikan kebahagiaan buat kita.

8 May 2015

kem kepimpinan ( sk tasek damai part 1 )



8-9 FEBRUARI 2014

kem kepimpinan sk tasek damai,Ipoh

Kem ni yang pertama kali kitorang buat tapi under assignment kitorang lah .tak silap aku masa ni kami sem 3.ni yang aku cerita tu ........ punca consultant kitorang wujud,tercetus semua idea ! haha


our team

  oh lupa aku nak bagitahu . Nama kem ni TOMORROW LEADER CAMP I.
Apa yang aku nak kongsikan dekat sini cuma gambar jelah. seriously aku sebenarnya tak berapa nak ingat Ldk kem ni sangat. maklum laa tua dah pun. nanti aku mintak ceo kami  Ldk apa yang kitorang bawa untuk sktd ni. tapi yang penting slot muhasabah tu memang penting lah dalam kem ni selain tu kami terapkan disiplin diri terhadap pelajar,didik diri mereka untuk lebih yakin dengan diri sendiri.dengan erti kata lain ni adalah objektif kami lakukan kem kepimpinan sekolah ni.
haaa first objektif kitorang sebenarnya supaya mereka mereka ini menjadi murid yang bersahsiah tinggi serta berguna untuk negara bangsa agama. then menjadi role model terhadap pelajar-pelajar lain. huh ! aku rasa formal sangat bahasa aku guna ni ahahahaha.




gambar atas ni sesi barisan fasilitator memperkenalkan diri memasing . debo-debo teman rase weh. haha . abaikan debo-debo tu.biasalah orang baru nak cipta kenangankan.
masa ni aku rasa diri aku ni dewasa sangat ,kau hado? haha sebabnya aku ni memang susahlah nak series ...maksud series ni ,aku ni jenis lawak-lawak gila-gila tapi time nak jadi orang yang sebenar aku rasa muka aku macam hodoh sangat kau. kekeke
meh aku sharing sikit pic student.

comel-comel belako.




sesi slot muhasabah.

pendek jekan aku celoteh?  jadilah. nanti aku masukkan LDK yang kitorang bawa. muah babe nite
sebelum tu trademark kitorang.
"alo tomey tomey." sambil buat muka comel kau tu  hihi

6 May 2015

dYnogsist to shohwatul baiti

+



Dulukan , cita-cita aku nak jadi penyanyi nasyid,tapi ni semua masa aku darjah 1 Aku ingat sebab masa tu cikgu suruh tulis dalam rekod pelajar cita-cita nak jadi ape.hahaha bila aku ingat balik memang kelakar .yela bebudak masa tu pilih cita-cita sebab ikut persekitaran .
bila dah menengah masuk mahaad.cita-cita nak jadi arkitek . beza dengan apa yang aku belajar haha lahai,
tapi bila dah ipt ambil course kaunseling islam . Memang pelik gila impian harapan aku masa tu mana taknya lari sampai 360 darjah ! walaupun semua ni aku terpaksa baru sekarang aku sedar kenapa mak aku suruh ini suruh itu betullah apa yang aku dengar selama ini .. pilihan orang tua ni ada sebab.Memang aku sayang gila dekat mak aku.muah ciked mak ! aku cerita kisah aku pasal semua ni menyebabkan aku rasa aku bahagia dan cita-cita sebenar aku ada di hadapan aku .
rasanya cukup dah kot sejarah hidup aku tu haha. meh nak cerita sikit pasal DYnogsist ni .

DYnogsist ni sebenarnya consultant kitorang. Dah sem last baru wujud benda alah ni hihik. asal mula mula kitorang tercetus idea nak wujudkan consultant ni time tu kitorang dapat assignment dari Pn.dee (lecture kaunseling) assignment ni kitorang kena buat macam kem kepimpinan la. first sekali sekolah yang bertuah tu sekolah rendah tasek damai ipoh . tapi seriously, aku tak pernah sekali pun jadi fasilitator ni la first time aku mencorak pengalaman aku sendiri ,huuuu tenkiu pn dee bagi peluang dekat saya dengan kawan yang lain. nak dijadikan cerita la kan , lepas kem dekat sekolah tu tak sangka lah pulak sekolah tu jemput lagi kitorang untuk kem kepimpinan pelajar situ .so memang berjayalah program yang kitorang handle tu lepas je sekolah tasek damai tu punya program tak disangka sangka la rezeki kami mencurah curah .mana taknya  nama consultant kitorang ni diwangi wangikan dekat sekolah sekolah yang lain . alhamdulillah Allah permudahkan semuanya .

start dari tu fakruddin bin aziz as ceo for shohwatul baiti ( dYnogsist ) telah mewujudkan consultant ini dengan terlalu baik hahaha terima kasih fakhrul sudi bertungkus lumus buat semua ni untuk company kita and yang paling penting kakak sulung kami kak ira yang tersayang banyak bagi kata semangat dan dialah tulang belakang kami bila down dia sentiasa ada . hehe thanks to  team SB.

*sambungan bakal menyusul

pic ni masa kem ibadah for sk sri Ampang Ipoh.
 

21 March 2015

my bff

+
Selamat malam duhai dunia

Sungguhnya terjadilah sawang beketul2 disini
Malam ni terasa diri ini tak dilayan tak dihargai tak wujud .
Sedihnya ..tak taw nak habaq lagu mana.
Aku tak kesah lah. Blog ni open ...semua orang boleh baca.
Yang penting bahagia.

Kecik hati sebenarnyaaa.
Yela sekadar kawan rapat . Memang aku tak layak nak tempah ruang dalam hati dia.

Yg syg sgt tak dpt nk kejar.
Yg selalu igtkn soal agama... tk layak utk diri ini..
Susah bila antara perrmpuan dan lelaki yg kawan baik.
Kadang timbul perasaan...
Tapi. Perasaan tu... dipendam. Tak layak pun nak dipamerkan.
Sedih pilu bila tengok dia ada yang lain.
Tapi kadang rasa happy je..bila tahu dia ade org yang dia sayang even bukan diri ni.
Sedihnya.. hanya Allah yg tahu..
Selama ni dia la selalu ajak aku ke arah kebaikan..bnyk nasihat...banyak bgi kata kata semangat...selalu dekatkan aku dgn Allah..
Mane nk dpt kwn mcm ni? Susah sgt nak ada...  aku mengharapkan dia utk aku. Tapi.. mcm aku perlu redhaa...
Hurm

Berkarat lah blog ni. Sebab tuan punya blog ni jiwang sangat.

Kejap. Satu benda yang buat aku .....sedih..
Dia selalu warning!
" AWAK.TOLONG JANGAN SUKA SAYA"

aah. Memang banyak pun kau ulang ayat ni kat aku.. kenapa?
:(
Kadang aku malu kau cakap cmni. Macam aku ni terhegeh je. Even kau taktahu aku dah mula ♡. HMM


Aku letak pic . Sbb risau kot ade yg slh fhm hee . Die la bff aku sejak form 4 lagi. Semua ttg die aku akn ingat . Tengs 


2 August 2014

hidup selfie mungkin gila


hai ! muah sikit ? haha
adui sebenarnye aku payah sangat nak type ni sebab dalam kegelapan...yg cuma ada cahaya keybord je hahaha meraba2 cari huruf,
hehek tajuk selfie gila der.. kang marah pulak orang kat aku. 

hari raya kan . dah berlalu puasa .!punya lama tak update . tak seksi betul
3 bulan tak update ! ? wakaka lama tu naseb tak setahun kan


 choi belanja gambar sopaan ni hahaha
wei kome dengo citer ada orang nak tunang bulan 11 ni..
kan kak zati? hihihi
peeeeeeeeeeeeeeepss! bye shomel
before tu ...
aku sayang family aku!
sayang sangat. moga sentiasa dibawah jagaan Allah .amin

21 April 2014

she's gone

hai lagi..
bosan malam cenggini.
mesti bosan bila aku acik post pasal rx jer.. aha sory la dei.

nak share lagu ni.
haha. dah lama gila kan lagu ni.
aku sebenarnya dah berjangkit dengan member aku sorang ni. dia suka lagu ni sebab awek dia senyap terus dengan dia. means tergantung dalam pertalian hati. kikihh.
dengar ah. lama-II korang pula berjangkit.
kahkahkahh