ada apa dengan cinta
menyelak lembaran cinta
tidak sempurna cinta Muhammad pada umatnya
persis sinar mentari pagi
hadirmu membawa wahyu ilahi
ditemani semangat dan cinta khadijah
cekal dirimu menyebar dakwah
tika najis menyentuh jasad
tulus kau berdoa agar hidayah memayungi umat
dalam dakapan penghujung nyawa
lafaz ummati diakhir bicara
deraian air mata membasahinbumi
tika khabar dirimu dijemput illahi
tiada setanding hebat cintamu
acuan agung yang maha Esa
walau jasad tidak pernah bertemu
selawat dan salam akan sentiasa berlagu
meniti hidup dalam sunnahmu
tanda cinta kasih dari ummatmu..~
dari anas r.a Nabi s.a.w sabdanya :
"tiga perkara yg sesiapa memilikinya ,dia akan mendapat kemanisan iman(pertama) hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-2nya(kedua) hendaklah dia mencintai seseorang,kerana Allah(ketiga) hemdaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuranseperti mana dia benci untuk dicampakkn kedalam neraka"hadis sahih riwayat bukhari~
via gen-q
No comments:
Post a Comment