21 July 2013

love kucing aku yang suka bawak stokin balik rumah

Assalamualaikum..?
and hai.... *sambil lambai2 tangan yang cantik ni.hihi
tetibe aku terindu dengan meow aku yang sudah lama meninggalkan rumah teres ni.haha
family aku buang meow tu sebab dia nakal kut !!!
tahu dia buat ape?
pencuri terbesar area taman aku!  jiran-II aku selalu hilang ..ehem2!!
something likes.... 
stokin dewasa+budak2 kecik+stokin sekolah. hmmm *yang bau-II cekam tu la  
singlet, baju dalam wanita! hharhar! nakal tak ? 

korang tahu dia buat macam mana?
bila time petang2-II dia dah tercangguk je tengok ampaian..dimana ade bau-II cekam! kihkih.. or warna yang menarik perhatian dia. tahu warna ape? pink kut!
faham-II je la kalau pink tu ape yang dia suka ambil kan.. 
pastu,masa subuh ..bila nak keluar pergi sekolah depan pintu rumah aku dah ada hadiah! macam2 stokin dia bawak,,termasuklah seangkatan dengannya.
kadang-II aku kesian tengok anak jiran aku ni..pergi sekolah tak pakai stokin, ==' . 
so,bila dah melampau sangat perangai kucing aku tu...ayah terus buang dekat kampung...sambil marah-II hihi.
hemmmm. :'(


*penyakit ape la kucing aku ni kan..
kesian dia.. 

20 July 2013

ANTARA SOALAN² SENGAL YANG KADANG² BUAT ORANG BENGANG.

assalamualaikum? 
heheh petang2 camni.....terase lapa* pulak.
hahahaa.jom usha soalan2 sengal ni beb,

ANTARA SOALAN² SENGAL YANG KADANG² BUAT ORANG BENGANG.

1) BILA ORANG NAMPAK KAU BARING TUTUP MATA ;
S : Kau tidur ke?
J : Tak lah , aku tengah training macam mane nak mati nanti.

2) KAU BAWAK TV YANG ROSAK JUMPA TECHNICIAN UNTUK
DIREPAIR ;
S : Ye? Nak repair tv ke?
J : Tak lah , aku bosan! Saje laa aku bawak tv ni jalan².

3) TIME KAU BARU BANGUN TIDO ;
S : Kau dah bangun?
J : Ish tak laa , aku tengah tido sambil jalan laa.

4) KAWAN KAU CALL PHONE UMAH KAU ;
S : Weyh mane kau sekarang?
J : Sini , kat bus stop!

5) ORANG NAMPAK KAU KUAR DARI BILIK MANDI BASAH² SAMBIL PAKAI TOWEL ;
S : Kau baru mandi ke?
J : Mana ade, aku jatuh dalam lubang jamban tadi!

6) PUKUL 7 MALAM , KAU BUKAK PINTU UMAH , BARU BALIK DARI KEJE ;
S : Hai , baru balik keje ke?
J : Tak lahh , baru nak pegi nih!

7) KAU KAT DALAM TOILET, PINTU BERKUNCI, ADA ORANG KETUK PINTU ;
S : Ada orang tak?
J : *suara kiut* Mane ade orang. Taik yang tengah bercakap ni.


8 cara mengenalpasti lelaki penyayang

Assalamualaikum? hai readers..
saje nak share ...hihi.
 

8 cara mengenalpasti lelaki penyayang

1) Suka Haiwan
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang, kita boleh tengok reaksi dia bila ada haiwan ni sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak terajang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa, boleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.

2) Suka Kanak-Kanak
- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana.

3) Ambil Berat Akan Orang Tua
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

4) Ambil Berat Akan Adik-Adik
- kita cuba tengok hubungan dia dgn adik. Tengok samada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat ***** saje bila si adik ingin beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan
-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsung menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan
-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati

7) Susah Marah
-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecil pun nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting macamni korang berhati-hati la..

8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman
-Kita tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian.

Betul ke?? Leh caye ke?? haha..

9 July 2013

volkswagen scirocco !!! nak

Assalamualaikum? hai readers ???? 

sebelum terlewat ...aku nak ucap..

Happy Ramadhan Al-Mubarak :D
hihihi.

pagi tadi mase dekat kolej kan. muhahah *gelak dulu k

dalam kelas aku tak berapa nak fokus sebab dilanda selsema yang amat dasat.
so aku pun keluar la kelas . bajet nak pergi tandas kan.. hihi tapi aku lepaking kat tepi koridor kejap..tetibe kan. aku nampak ade orang parking kereta dia sebelah kereta aku . wohaaaaaa.. ternganga aku sebab.. aku minat la dekat kereta tu,bukan tuan punye kereta tau tak! hihi tapi ade la sikit walaupun aku tak pernah nak tengok muke cowok tu. 
* boleh pulak minat tanpa tengok muke kan? da sah mata duitan ! haha tak la aku gurau je part cowok tu. XD
nak tahu kereta ape? hmmm 

taadaa !!!!! hihi cantik kan warna merah ,ni la  volkswagen scirocco tergoda aku tengok. rase macam nak je beli.tapi money aku nak beli ehem2 je la .HOHO





 SEYIEEEESSsss beb, cun kan kereta tu! nak beli audi je la. hahah bajet je aku ni -_-
sebelum tu aku nak bagi tahu yang aku di lamun cinta? kkihih . tipu!
bye.!!!
wasalamm

5 July 2013

dah mintak tolong pastu nak marah2 ape kes?

Assalamualaikum,
hai ^^

sekarang time meluahkan rasa! hahaha
okay , aku dah semakin sakit hati. ^^ tapi dalam je aku pendam..

aku nak nasihat je la....kat sesiapa yang bace entry ni.
kalau korang dah minta tolong kat kawan or sape2 lah....please....jangan nak marah kalau tak puas hati. !  lain kali jangan nak minta tolong,,
ni tak pasal2,,, call pastu gaya nak marah +naik angin.. kan?.. so gamp*** la kan,....
sorry terkasar ayat.,
just bagitahu je 
^^

SEGMEN MENANG HANDPHONE






tag : azira